25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Harga barang: Kerajaan patut ambil langkah proaktif, bukan reaktif

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan perlu berhenti dengan tindakan reaktif sebaliknya tadbir urus yang proaktif sangat diperlukan untuk mengawal harga barangan asas supaya rakyat tidak terus terbeban dalam saat getir seperti sekarang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dasar kecukupan dan keselamatan makanan bukan sekadar untuk memastikan kecukupan bekalan tetapi juga memastikan harga makanan selari dengan kuasa beli rakyat.

Justeru beliau berkata, kerajaan mesti segera menyemak semula inisiatif Program Food Bank Malaysia yang bermatlamat meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan isi rumah B40 dan mereka yang memerlukan.

Katanya, strategi terbaru dan insentif berpatutan perlu digunakan untuk mendapatkan komitmen daripada lebih banyak penyumbang termasuk pengilang, syarikat korporat dan pasar raya.

“Rakyat Malaysia terus melalui saat yang sukar demi kelangsungan hidup. Kerajaan sehingga saat ini gagal memberikan solusi tuntas dan segera.

“Inisiatif pemantauan dan penguatkuasaan harga makanan juga nampaknya tidak cukup efektif untuk mengatasi isu pembekal yang mengambil kesempatan menaikkan harga serta aktiviti monopoli.

Baca juga:   Harga telur bagi Ogos cecah paras tertinggi

“Yang lebih membimbangkan ialah kenapa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) yang baru diumumkan dan akan dikuat kuasakan bermula 21 April hanya melibatkan 12 barangan kritikal?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan 12 jenis barangan kritikal yang disenaraikan di bawah pelaksanaan SHMMP bermula esok 21 April sehingga 22 Mei ini.

Baca juga:   Harga telur bagi Ogos cecah paras tertinggi

Barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import serta telur ayam bagi gred A, B dan C.

Turut disenaraikan ialah ikan kembung dan mabung, ikan selayang dan ikan tongkol.

Mohamad berkata, punca kenaikan harga selalunya disebabkan peningkatan permintaan melebihi penawaran.

“Adakah ini bermakna bekalan makanan negara tidak mencukupi? Dan jika mencukupi, setakat berapa lama lagi kecukupan itu akan bertahan.

“Adakah wajar untuk membiarkan rakyat terus terhimpit sementara menunggu kerajaan menyenaraikan barangan lain dalam Skim tersebut,” kata beliau.

Untuk rekod, Program Food Bank Malaysia dilaksanakan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini. – Edisi 9

Baca juga:   Serbu pun tak guna selagi import jagung 100 peratus

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan