27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Usahawan boleh iklan produk dalam FB Ahmad Zahid

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kesempitan hidup yang dialami oleh rakyat khususnya golongan usahawan amat difahami oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, beliau membenarkan netizen mempromosikan perniagaan masing-masing dalam ruangan komen Facebook miliknya.

Syaratnya cuma satu, jangan siarkan iklan perniagaan yang salah di sisi undang-undang.

“Saya tahu dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini ramai berdepan cabaran untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Maka perniagaan secara dalam talian (online) sedikit sebanyak membantu mendepani kesulitan.

“Bagi peniaga sedia ada pula perlu mempelbagaikan platform memasarkan perniagaan mereka.

“Kerana itu saya benarkan rakan-rakan mempromosi perniagaan anda di ruangan komen Facebook saya. Silakan. Asal jangan iklan-iklan perniagaan yang salah disisi undang-undang.

“Semoga dengan bilangan rakan-rakan Facebook saya yang kini mencecah lebih 1.6 juta sedikit sebanyak dapat membantu,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berbuat demikian susulan komen daripada netizen yang bernama Mohammad SaifulAnuar yang mencadangkan supaya Ahmad Zahid memberi ruang kepada para peniaga untuk mengiklankan produk masing-masing.

usahawan Ahmad Zahid
Gambar: Facebook Ahmad Zahid

Ahmad Zahid turut berkongsi firman Allah SWT dalam surah as-Syu’ara’ ayat ke 181-183 yang bermaksud:

Advertisements

“Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan timbangannya. Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.”

Hantaran tersebut menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada usahawan-usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Usahawan Ahmad Zahid
Tangkap layar Facebook Zahid Hamidi.

Ramai yang mula menyiarkan iklan produk masing-masing seperti pakaian, makanan, perabot dan lain-lain.

Antara produk yang menarik perhatian adalah perabot keluaran Kawood yang diusahakan oleh sekumpulan bekas jurugambar Utusan Melayu.

Mereka juga bersedia menghasilkan produk tempahan khas mengikut citarasa dan imaginasi pelanggan.

“Sesuai moto perniagaan kami; dari sekeping kayu menjadi sesuatu,” kata mereka.

Diharap para usahawan memanfaatkan peluang yang disediakan Ahmad Zahid untuk melariskan jualan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Semoga jualan mereka semakin laris walaupun negara berdepan situasi kelembapan ekonomi akibat kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan kesan pandemik COVID-19.

Cuma janganlah siarkan iklan perniagaan yang dilarang seperti judi dalam talian atau jual mercun. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan