33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kamarul Zaman saman fitnah dua penyokong PH

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff akan memfailkan tuntutan undang-undang terhadap dua penyokong Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa memfitnah beliau.

Beliau mengambil tindakan tersebut disebabkan peningkatan fitnah yang berlipat ganda terhadap dirinya sejak kebelakangan ini.

“Individu pertama yang akan saya saman adalah seorang ahli Parti Amanah Negara (PAN) bernama Tuan Lokman Tuan Soh dari Kelantan yang mendakwa saya berbohong kerana mengatakan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim, cuba menyebarkan agenda Kristian secara halus sedangkan, mengikut beliau, Steven Sim sebenarnya adalah beragama Buddha.

“Individu kedua yang akan saya saman adalah seorang ahli PKR bernama Kim Quek atau Yong Thye Chong dari Johor, yang juga penulis buku ‘The March to Putrajaya’ dan ‘Where to, Malaysia’, kerana menyatakan bahawa saya mengalami paranoia dan perlu menemui psikiatris kerana mungkin mengalami masalah mental dan bahawa paranoia ini boleh merosakkan hubungan antara orang-orang Islam dan orang-orang Kristian,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kamarul Zaman menambah, surat-surat tuntutan akan diserahkan kepada mereka oleh peguamnya hari ini.

Beliau turut berkongsi tangkap layar hantaran Facebook milik Kim Quek dan mesej WhatsApp yang dikatakan dihantar oleh Tuan Lokman.

Kamarul Zaman
Gambar: Facebook Kamarul Yusoff

Dalam hantaran bertarikh 19 April itu, Kim Quek berkata:

After reading these two Malaysiakini articles relating MP Steven Sim’s charity works and the negative response from academician Kamarul Zaman Yusuf, I have the distinct impression that the latter is suffering from paranoia.

Such paranoid conduct from a person of influence like Kamarul could cause unintentional damage to harmonious relationship between Muslims and Christians.

There is no harm for Kamarul to seek advice from a psychiatrist – just in case he may have developed some mental problem without himself knowing it.

Take this as a friendly advice. It is meant for the good of Kamarul himself as well as for the country.”

Kamarul Zaman
Gambar: Facebook Kamarul Yusoff

Sementara itu, mesej aplikasi yang dikatakan dihantar oleh Tuan Lokman berbunyi:

“PAS menyebar fitnah kononnya MP DAP Bukit Mertajam cuba menyebarkan agenda Kristian secara halus.

“MP Steven Sim beragama dan PAS kekurangan modal fitnah sanggup membuat cerita karut untuk mengaibkan pihak lawan.

“Sampai bila Kamarul Zaman Yusoff hendak berbohong?” ujarnya. – EDISI 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan