25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 18, 2021

Mana lokasi pusat data Microsoft? Soal Najib

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta menyatakan secara terperinci berhubung pembinaan pusat data pertama Microsoft di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan-laporan berita berhubung pengumuman pelaburan Microsoft tersebut tidak menyatakan dengan jelas lokasi pusat data berkenaan.

“Sebab tahap pembinaan pusat data pertama Microsoft di Malaysia dan dirantau ASEAN ini sudahpun sampai 40 peratus pada bulan Ogos lalu

“Tak percaya boleh baca berita dari Bernama,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau mengulas tentang pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tentang pembinaan pusat data itu.

Menurut Muhyiddin, pelaburan RM4 bilion oleh Microsoft dengan pembukaan pusat data serantau pertamanya di Malaysia itu akan menjana lebih 19,000 peluang pekerjaan.

Pelaburan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Microsoft Bersama Malaysia yang merupakan satu komitmen Microsoft untuk membangunkan landskap ekonomi digital selari dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan inisiatif MyDigital.

Najib menambah, pelan pembinaan pusat data itu juga telah diserah ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun 2018.

Beliau juga mengesahkan bahawa, kemasukan projek pusat data itu bermula pada tahun 2014 di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Masa itu, kerajaan bersetuju untuk guna software Microsoft secara besar-besaran dan kata kita bersetuju untuk gunakan juga perkhidmatan awan Microsoft.

“Tapi syaratnya ialah data-data kerajaan dalam awan tidak boleh terletak di luar negara. Mesti disimpan dalam pusat data dalam negara,” jelasnya.

Najib memberitahu, pada tahun 2016, syarikat itu juga telah membeli tanah untuk membina pusat data pertama mereka dalam rantau ASEAN dengan nilai pelaburan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion.

Beliau berkata, projek itu tidak sempat dilancarkan oleh kerajaan BN dahulu sebab syarikat baru hanya pelan pembangunan untuk diluluskan.

“Kerajaan PH dahulu pun tak berani ambil kredit sebab tahu ini bukan usaha mereka walaupun berita Microsoft pilih Malaysia untuk pusat data dengan jumlah pelaburan berbilion-bilion agak gempar.

“Tapi kerajaan PN pula yang umum semalam. Menteri kanan paling kanan kerajaan PN pun syiok,” sindirnya. – EDISI 9

Latest News

Korea Utara tarik diri: Malaysia rayu FIFA adil buat ketetapan

CYBERJAYA - Malaysia menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penarikan diri Korea Utara daripada kelayakan...

More Articles Like This