32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

FAM gantung pengadil aksi Sabah FC-Penang FC

Keputusan itu dibuat susulan kesilapan pengadil itu memberikan dua sepakan penalti kepada Sabah FC di Stadium Likas, kelmarin.

Mesti Baca

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung pengadil perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan  Penang FC pada Jumaat lalu, Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman berkata, keputusan itu dibuat susulan kesilapan pengadil itu memberikan dua sepakan penalti kepada Sabah FC di Stadium Likas, kelmarin.

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM telah sebulat suara mendapati Zulkarnain terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti kepada Sabah FC pada minit ke-41 dan 90+9.

“Sehubungan itu, jawatankuasa membuat keputusan mengenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   KPM tambah baik pengurusan sekolah melalui MySG

Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM diketuai Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi telah bersidang semalam bagi meneliti laporan daripada penilai pengadil perlawanan tersebut serta klip-klip rakaman video setiap insiden berkenaan.

Pada aksi di Likas Jumaat lalu, Zulkarnain menghadiahkan empat sepakan penalti, tiga kepada tuan rumah dan satu kepada pelawat.

Tindakan itu mencetuskan keraguan mengenai kredibilti beliau dalam mengadili perlawanan di Liga Super.

Dalam pada itu, Noor Azman berkata, jawatankuasa berkenaan memandangkan serius perkara seumpama itu.

“(Kami) akan berikan peringatan dan teguran keras kepada semua pengadil agar sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak secara lebih holistik.

Baca juga:   PM yakin ‘Speedy Tigers’ mampu tamatkan penantian 40 tahun

“Jawatankuasa juga tidak teragak-agak mengambil tindakan keras dan yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil yang menampilkan mutu pengadilan yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan,” tegasnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan