30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Bincang serap staf kontrak KKM ke jawatan tetap tanpa pencen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengusulkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem penjawatan tetap tanpa pemberian pencen.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, perbincangan berkenaan penjawatan doktor kontrak serta pertugas-petugas kontak kementerian itu tanpa pencen turut melibatkan Kementerian Kewangan (MOF).

“Ini memang saya maklum ya persoalan mengenai doktor kontrak… petugas-petugas kontrak yang lain, sentiasa menjadi bahan sama ada dalam media mahupun jua di luar sana.

“Memang kita mengambil penting (isu) sama ada untuk kita meningkatkan pengambilan doktor-doktor masuk (diserap) ke penjawatan tetap… tetapi saya juga ingin tekankan beban ini (kakitangan kontrak) bukan terletak ke atas Kementerian Kesihatan sahaja.

“Kita sedar beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen iaitu pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 bilion dan kemudiannya meningkat kepada RM29.1 bilion pada 2021, ini merupakan beban yang sangat tinggi dan mungkin akan terus meningkat.

“Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen, namun mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan dan sebagainya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Jefridin Atan yang ingin tahu sama ada KKM mempertimbangkan untuk menambah jawatan doktor kontrak bagi mengatasi masalah bebanan kerja petugas kesihatan.

Advertisements

Untuk rekod, pada November 2021, KKM memaklumkan, seramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat perkhidmatan wajib dengan kementerian ketika itu, sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh JPA.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,586 membabitkan lantikan pegawai perubatan dan masing-masing 300 pegawai pergigian serta pegawai farmasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam berkata, KKM menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023, iaitu RM36.3 billion termasuk peruntukan RM3 bilion setahun untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak bagi lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

Anwar turut memberi jaminan isu doktor kontrak akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Ujar belioau, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal, terutama bidang kesihatan dan pendidikan.

“Ini dijangka membabitkan perbelanjaan tambahan sehingga RM800 juta untuk 2023, yang mampu dan boleh kita tampung untuk satu tahun,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan