34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

UMNO cadang Ab. Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO mencadangkan nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof sebagai calon Ketua Menteri Melaka yang ke-14.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu telah diangkat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam hari ini.

“Dengan ini parti mencadangkan bagi warkah itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri baharu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Parlimen hari ini.

Melaka bakal mendapat Ketua Menteri baharu susulan peletakan jawatan ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang melakukannya semalam.

Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka bertiup kencang sejak beberapa hari lalu selepas nama Ab. Rauf selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka disebut-sebut bakal mengetuai kepimpinan negeri.

Perubahan tampuk kepimpinan negeri Melaka disahkan Ahmad Zahid semalam namun beliau enggan menamakan calon yang bakal diangkat sebagai Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid membayangkan bakal wujud gabungan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerajaan negeri seperti di peringkat nasional.

“Saya yakin semangat itu akan dihilirkan ke Melaka supaya optik yang baik dapat diperlihatkan kepada bukan sahaja rakyat di Melaka tetapi juga rakyat keseluruhannya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan