28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Milo Ramadan peraduan scam — Nestle

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NESTLE Products Sdn. Bhd. menafikan bahawa syarikat itu menawarkan Peraduan MILO Ramadan yang memerlukan orang ramai untuk melengkapkan borang soal selidik bagi memenangi hadiah wang tunai seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Syarikat minuman itu berkata, pesanan berkenaan merupakan penipuan bertujuan memperdayakan orang ramai.

Jika anda atau sesiapa yang anda kenali menerima hantaran atau pesanan berkenaan, jangan kongsikan hantaran tersebut. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi seperti nombor akaun bank.

“Jangan buat sebarang pembayaran,” menurut Nestle dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak Rabu, tular di sosial media mengenai penyebaran satu mesej yang mengandungi pautan diragui berkenaan peraduan yang menggunkana jenama Milo Malaysia.

Dalam pada itu, Nestle meminta agar orang ramai hanya merujuk kepada laman web rasmi MILO di www.milo.com.my untuk mengetahui mengenai sebarang peraduan dianjurkan.

“Jika ragu-ragu atau memerlukan maklumat atau penerangan lanjut, segera hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestle di www.nestle.com.my/contactus atau 1-800-883-433,” jelas kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan