36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tun M luah tak akan mengeluh nasib Melayu lagi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan perasaannya untuk tidak lagi mengeluh mengenai nasib orang Melayu di negaranya sendiri.

Bahkan dakwa beliau, beliau juga sudah takut untuk bercakap berkenaan masalah orang Melayu dan sudah menganggap tidak mempunyai tempat untuk mengetengahkannya apabila beberapa kali ditolak atas arahan pihak atasan.

“Apa sudah jadi. Saya takut. Kerana di tanah air saya, di Malaysia, di Tanah Melayu saya tidak boleh bercakap berkenaan masalah orang Melayu. Tidak boleh berjumpa pun. Tidak ada tempat.

“Semua tolak. Empat kali kena tolak  atas arahan pihak atasan. Nak lancar proklamasi orang Melayu tanpa sentuh kaum lain, itu hasutan. Sedition. Saya takut,” katanya dalam Facebook hari ini.

Malah Dr Mahathir turut mempersoalkan sama ada media sosial masih boleh digunakan atau tidak untuk bercakap mengenai orang Melayu.

“Nak guna sosial media ini bolehkah??? Akan dituduh menghasutkah? Saya minta ampun jika dakwaan ini salah.

“Jika salah saya mengeluh tentang nasib orang Melayu, tak apalah. Saya tidak lagi akan mengeluh.

Orang Melayu miskin jual negara. Okaylah. Orang miskin tidak perlu negara,” kongsinya.

Baru-baru ini Dr Mahathir  yang merupakan bekas pemimpin UMNO mendakwa orang Melayu menjadi miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Menurut Dr Mahathir, beliau berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dan beliau hilang jawatan.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan