25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pangkalan data PMKS bakal dibangunkan – Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU pangkalan data yang mengandungi semua maklumat berkenaan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berada di bawah 66 agensi dan institusi di negara ini bakal dibangunkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) hari ini, bertujuan memastikan perkongsian data dan penyelarasan maklumat dapat dilakukan.

“Ia bagi memastikan sebarang bentuk latihan, pemantauan, pinjaman dan geran dana, dapat diselaraskan agar tidak berlaku pertindihan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen, hari ini.

Ahamd Zahid berkata, mesyuarat juga memutuskan bahawa usahawan di Sabah dan Sarawak, perlu diberikan keutamaan dengan membangunkan bakat dan potensi mereka, serta menyalurkan dana mencukupi bagi menjalankan program pewujudan usahawan termasuk mempermudahkan proses pendaftaran.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penyelarasan usahawan vendor mesti dilakukan, bagi memastikan pencapaian negara dalam PMKS lebih tinggi daripada 37 peratus yang dicapai negara ketika ini.

Selain itu, beliau berkata, jaringan e-dagang diperlukan untuk mewujudkan pasaran baharu kepada produk dan perkhidmatan, yang dikeluarkan oleh PMKS.

MPUPK dibentuk sebagai platform utama dalam membincangkan program dan inisiatif pembangunan usahawan dan PMKS selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPUPK pertama yang diadakan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan. – BERNAMA

Terkini

Parlimen Malaysia, UNDP perbaharui kerjasama sehingga 2025

PARLIMEN Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju memperbaharui kerjasama sehingga 2025. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan