23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

DPD di peringkat akhir dimuktamadkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam peringkat akhir memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD).

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, KPM sedang berkerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kesemua pandangan dan input diambil kira dengan sewajarnya.

“KPM sentiasa komited untuk menambah baik sistem pembelajaran berasaskan digital secara berterusan untuk memenuhi keperluan pendidikan masa hadapan, “katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Pertanyaan Lisan Dr Radzi Jidin (Putrajaya) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Radzi meminta Menteri menyatakan bilakah Dasar Pendidikan Digital yang dimuktamadkan pada tahun 2022 akan dilaksanakan.

Advertisements

Berhubung capaian internet, Fadhlina berkata, KPM komited untuk memastikan capaian internet disediakan di semua sekolah.

“Buat masa kini, KPM telah menyediakan capaian jalur lebar internet dengan kelajuan 30Mbps hingga 300Mbps untuk 10,233 sekolah di bawah KPM.

“Sebanyak 5,027 sekolah disediakan dengan talian gentian optik, 4,701 sekolah disediakan talian jalur lebar tanpa wayar 4G dan 505 sekolah disediakan dengan talian satelit.

“KPM juga sedang merancang untuk menaik taraf capaian internet yang mengutamakan teknologi fiber dengan kelajuan minimum 100Mbps
sehingga 1,500Mbps bergantung kepada saiz dan populasi premis institusi pendidikan serta institusi lain bawah KPM.

“Selain itu, KPM juga bercadang untuk menaik taraf infrastruktur rangkaian dalaman yang membolehkan internet dicapai dari semua lokasi dalam kawasan premis institusi bawah KPM,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan