25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sindiket edar cecair vape mengandungi dadah tumpas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telaH berjaya menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam aktiviti memproses dan mengedar dadah dalam bentuk cecair vape bagi pasaran tempatan.

JSJK dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, kejayaan itu adalah hasil dari serbuan di sekitar Setapak, Kuala Lumpur.

Menurut hantaran itu, dalam serbuan pertama pihak polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berumur 20 dan 22 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti tersebut.

”Pemeriksaan ke atas motokar yang digunakan suspek, pihak polis telah merampas 90 botol cecair vape yang disyaki mengandungi dadah dengan anggaran isipadu 900 mililiter yang bernilai RM13,500.

”Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak penghujung tahun 2022 dengan modus operandinya mencampurkan cecair dadah ke dalam perisa vape dan menggunakan perkhidmatan courier bagi mengedarkan dadah di sekitar Lembah Klang.

“Perisa vape ini akan memberi kesan khayal dengan lebih cepat,” katanya hari ini.

Ujar hantaran itu lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama enam hari bermula 28 Mac lalu bagi membantu siasatan.

“Saringan awal yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah. Manakala hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Dengan operasi ini, JSJN menegaskan telah berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape yang bergiat aktif di Lembah Klang ini.

Sehubungan itu, JSJN menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan