25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wanita lari daripada serbuan dadah ditemukan mati lemas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WANITA yang melarikan diri daripada serbuan polis semalam ditemukan mati lemas selepas dia didapati nekad terjun ke Sungai Belat dekat Jeti Tanjung Punai, Kuantan, Pahang.

Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemukan terapung oleh unit selam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa terjun.

Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada hari kedua kira-kira 8 pagi tadi dan mayat ditemukan pada pukul 11.36 pagi.

“Pencarian bertumpu kepada rondaan menggunakan bot di sepanjang sungai berkenaan meggunakan tiga buah bot milik Polis Marin dan JBPM.

“Turut memberi bantuan dalam operasi SAR adalah unit K9 JBPM mengunakan dua ekor anjing nama yang diberi naa Pop dan Blade,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke darat untuk siasatan lanjut dan pengecaman oleh anak mangsa mengesahkan identitinya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kuantan, Timbalan Penguasa Bomba, Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua melibatkan 20 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Unit K9 JBPM bersama 10 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Menurut Kamerul Bieza, dua ekor anjing Unit K9 turut membantu dalam operasi tersebut dengan memberi petunjuk lokasi mangsa.

“Operasi pada hari ini kita mulakan seawal pagi pada pukul 8 pagi, dengan turut melibatkan dua ekor anjing dari Unit K9. Berpandukan kepada petunjuk, pihak SAR telah menumpukan kepada kawasan yang telah ditunjukkan oleh (anjing) K9 itu dan kita berjaya menemui mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pahang telah menjalankan operasi Op Tapis di sepanjang tambatan banjir di tepi Sungai Belat, Batu 3, semalam.

Dalam operasi bermula jam 6 petang hingga 8 malam itu, seramai enam pengedar dan penagih dadah berjaya diberkas.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan