27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemimpin politik Denmark-Sweden biadab bakar al-Quran

Ini bukan kali pertama Paludan bertindak sedemikian, malah beberapa insiden membakar al-Quran turut dilaporkan berlaku sejak 2019.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN parti Stram Kurs di Denmark yang berhaluan kanan, Ramus Paludan membakar kitab suci al-Quran di Stockholm, Sweden semalam, lapor laman berita Agensi.

Dia membakar kitab suci itu di bawah perlindungan polis dekat Kedutaan Turkiye di bandar raya tersebut.

Sebagai tindak balas kepada tindakan itu, Ankara telah membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson yang akan melawat Turkiye.

Sebelum ini, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu mengkritik Sweden kerana memberi Paludan permit untuk membakar kitab suci al-Quran itu.

Menurut laporan akhbar Washington Post,  Paludan yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Denmark dan Sweden telah menerima kebenaran untuk membakar al-Quran daripada kerajaan negara tersebut.

Berdasarkan laporan Al-Jazeera, dalam protes itu, Paludan berucap membidas agama Islam dan imigresen Sweden yang mana kira-kira 100 orang berhimpun secara aman.

Advertisements

Beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi, Jordan dan Kuwait juga mengecam pembakaran kitab suci al-Quran itu.

Ini bukan kali pertama Paludan bertindak sedemikian, malah beberapa insiden membakar al-Quran turut dilaporkan berlaku sejak tahun 2019.

Pada 2020, dia dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas menyiarkan video anti-Islam di media sosial rasmi partinya.

Walaupun Paludan telah membuat rayuan terhadap sabitan itu, Mahkamah Tinggi Denmark masih mengekalkan keputusan tersebut. 

April tahun lalu, Paludan mengumumkan akan melakukan jelajah membakar Al-Quran dalam bulan Ramadan sekali gus mencetuskan rusuhan di seluruh Sweden. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan