24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penyampai radio dikecam persenda guru DidikTV

Mesti Baca

CYBERJAYA – Individu dipercayai penyampai sebuah stesen radio swasta dikecam netizen kerana gelak dan mempersenda penyampaian seorang guru dalam DidikTV melalui aplikasi TikTok.

Penyampai radio berkenaan memuat naik dia sedang tertawa besar dengan berlatar belakang seorang guru wanita sedang mengajar mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris menerusi DidikTV.

Seorang netizen, Daniel berkata, tindakan penyampai radio tersebut melampau kerana mentertawakan guru berkenaan, dipercayai ada kaitan dengan subjek reproduktif manusia yang sedang diajar.

“Kenapa dia ketawakan guru ini? Memang masih banyak ruang boleh diperbaiki dan ini tidak sepatutnya jadi bahan ketawa.

“Apa yang penyampai anda lakukan sangat salah. Ia menunjukkan sikap tidak hormat, jahil dan sangat tidak beradab,” katanya.

Nabil Abdullah berkata, individu dalam video tersebut perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua guru berkenaan dan Kementerian Pendidikan.

Seorang lagi netizen, HeadsUp berkata, tindakan penyampai radio itu memtertawakan guru tersebut sangat tidak wajar.

“Ini salah, dia hanya seorang pendidik, bukan terbaik, tetapi dia buat yang terbaik semampu boleh. Saya rasa malu dengan orang yang menyerang guru, dia bukan ahli politik,” katanya.

Advertisements

Sementara seorang guru, Eepa berkata, guru tersebut sebetulnya sengaja menyebut perkataan demi perkataan seperti guru Didik TV tersebut agar mudah difahami oleh pelajar.

“Saya juga guru dan mengajar Sains tetapi bukan kelas DLP (Program Dwibahasa) di sekolah. Dari apa yang saya amati, guru tersebut perlu menyebut satu perkataan demi perkataan sebab bukan semua murid Tahun 2 ada kemahiran mendengar yang tinggi dan memahami bahasa Inggeris dengan baik.

“Saya tahu beliau tidak menyebut beberapa perkataan dengan sempurna tetapi itu tidak bermakna orang boleh mempersendakannya. Ini adalah kelas Sains bukannya kelas Bahasa Inggeris.

“Masih ada ruang untuk dipertingkatkan. Bayangkan bagaimana penatnya guru ini mengajar murid dari sekolahnya kemudian mengajar menerusi DidikTV lagi,” katanya.

Tidak habis setakat itu, netizen kini dikatakan mula menyerang akaun Intagram penyampai radio berbahasa Inggeris tersebut.

Malah identitinya mula didedahkan satu persatu oleh ‘jabatan netizen’ atas sikap bidadapnya.

Beberapa netizen lain pula mendesak Astro Radio mengambil tindakan tegas terhadap penyampai tersebut kerana bersikap kurang ajar dan tidak menghormati guru. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan