32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Penyampai radio persenda guru DidikTV letak jawatan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Penyampai radio Hitz FM Sarawak, DJ Yusuf yang mempersenda pengucapan bahasa Inggeris seorang guru DidikTV baru-baru ini meninggalkan stesen radio itu.

Peletakan jawatan Yususf, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Shukri itu berkuat kuasa semalam, setelah digantung tugas berikutan kontroversi tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, perletakan jawatan itu disahkan pihak pengurusan Hitz FM Sarawak menerusi hantaran di Instagram.

“Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuatkuasa 22 Februari 2021,” tulisnya

Terdahulu, DJ Yusuf terbabit kontroversi apabila memuat naik video di aplikasi TikTok mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita.

Video yang dimuat naiknya itu mengundang kecaman netizen kerana dianggap ia perbuatan tidak beradab dan biadab terhadap seorang pendidik.

Baca juga:   Padah cuba sogok pegawai kanan polis, empat lelaki ditangkap

Seorang netizen, Daniel berkata, tindakan penyampai radio tersebut melampau kerana mentertawakan guru berkenaan, dipercayai ada kaitan dengan subjek reproduktif manusia yang sedang diajar.

Tidak habis setakat itu, netizen kini dikatakan mula menyerang akaun Intagram penyampai radio berbahasa Inggeris tersebut.

Malah identitinya mula didedahkan satu persatu oleh ‘jabatan netizen’ atas sikap bidadapnya.

Beberapa netizen lain pula mendesak Astro Radio mengambil tindakan tegas terhadap penyampai tersebut kerana bersikap kurang ajar dan tidak menghormati guru.

Baca juga:   Pengambilan one-off selesai isu kurang guru - CUEPACS

Yusuf akhirnya tampil membuat permohonan maaf di Instagram TV pada 20 Februari lalu.

Yusuf menerusi video permohonan maaf itu turut meminta bantuan secara terbuka supaya dia dapat dihubungkan dengan guru berkenaan bagi membolehkannya memohon maaf atas sikap yang ditunjukkan.

“Perkara pertama adalah saya dengan seikhlas hati memohon maaf kerana mempersenda guru terbabit. Ia langsung tidak lucu dan saya tak boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk membenarkan sesuatu sikap buruk,” katanya.

Terdahulu, tindakan Yusuf memuat naik video sebagai respons kepada sebutan bahasa Inggeris guru wanita sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah mencetuskan kemarahan netizen yang turut mendesak stesen radio Hitz FM Sarawak memecat Yusuf.

Susulan itu, Yusof digantung tugas serta-merta menerusi kenyataan dikeluarkan wakil pengurusan stesen radio itu pada 19 Februari lalu.

Baca juga:   Pengambilan one-off selesai isu kurang guru - CUEPACS

Terkini

Aktif dalam pertubuhan belia bantu tambah merit ke IPTA

Oleh MOHD FAUZI FADZIL LAPORAN terbaru yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar menunjukkan bahawa...

Lagi Artikel Berkaitan