26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tular Myvi rempuh van, seorang lelaki ditahan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan berikutan kemalangan jalan raya, yang menyebabkan seorang pemandu parah di Bandar Kinrara, Puchong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.40 petang semalam.

“Pengadu seorang anggota polis kebetulan berada di tempat kejadian, yang dimaklumkan oleh seorang lelaki telah berlaku satu kemalangan dan pemandu salah sebuah kenderaan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan oleh orang awam.

“Tangkapan semula telah dilakukan ke atas suspek itu dan dia dibawa ke balai polis Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Video memaparkan kereta jenis Myvi dipandu laju merempuh sebuah van dan Proton Waja itu tular menerusi media sosial.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Myvi berkenaan dipandu secara melulu serta laju, sehingga melanggar van yang berada di hadapan sebelum terbabas.

Katanya, mangsa yang parah iaitu pemandu van dibawa ke Hospital Serdang dan kini masih berada di zon merah.

“Butiran mangsa masih belum diperoleh daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan