34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia kutuk tindakan ahli politik Sweden bakar al-Quran

Ia bukan sahaja mengundang provokasi dan sensitiviti kepada Turkiye, malah lebih 2 bilion umat Islam di seluruh dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.

Menurutnya, tindakan mencemar kitab suci umat Islam secara terang-terangan oleh ahli politik Sweden terbabit dan tiada sebarang tindakan diambil, ibarat bersetuju membiarkan Islamofobia.

“Ia bukan sahaja mengundang provokasi dan sensitiviti tidak hanya kepada Turkiye, malah lebih 2 bilion umat Islam di seluruh dunia.

“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang kali yang menyasarkan umat Islam di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Anwar berkata, Malaysia turut mengeji sebarang bentuk kebencian serta menyemarakkan perkauman dalam perkataan atau perbuatan yang meningkat atas alasan kepercayaan agama dan etnik.

Menurutnya, Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian bahawa amat penting memartabatkan prinsip dialog dan saling menghormati dalam menyelesaikan sebarang pertikaian.

“Malaysia menggesa komuniti antarabangsa menolak sikap perkauman dan agama dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara, malah kekal bersatu menentang sebarang bentuk kebencian dan keganasan,” katanya.

Semalam, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan