31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

5 maut dalam nahas dua kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LIMA maut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream di Batu 13, Jalan Kahang-Mersing, Johor, petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa yang maut Masrina Kahdar, 21, Mohd. Aidil Abdul Kadir, 23.

Turut maut ialah Muhammad Zhafrah Noramin, 16 dan adiknya, Muhammad Syakir, 11, serta Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Shamsul Amri Mohd. Shahab, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.40 petang.

“Sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan sejurus sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.

“Pasukan Keluar Operai (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan seorang mangsa yang menaiki Honda Stream yang terperangkap.

“Manakala kesemua mangsa yang lain telah dikeluarkan orang awam sebelum PKO sampai di lokasi,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Shamsul berkata, tiga mangsa yang berusia 10 hingga 53 tahun menaiki Honda Stream mengalami kecederaan.

Menurutnya, kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala mangsa yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan