32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Tiga sindiket dadah tumpas, babit nilai rampasan RM2juta

Kesemua tangkapan membabitkan lima lelaki dan seorang wanita itu diberkas di beberapa lokasi menerusi empat serbuan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA sindiket dadah yang aktif sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu dilumpuhkan selepas polis menangkap enam suspek warga tempatan berusia 21 hingga 44 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, menerusi tangkapan tersebut, polis turut merampas dadah bernilai keseluruhan RM2 juta.

“Kesemua tangkapan membabitkan lima lelaki dan seorang wanita itu diberkas di beberapa lokasi iaitu di Taman Tun Dr Ismail, Taman Keramat, Taman Melati, Pandan Perdana, Taman Maluri serta Taman Gemilang Cheras menerusi empat serbuan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 27 Februari sehingga 1 Mac.

“Dalam serbuan di Taman Tun Dr Ismail, polis menangkap dua lelaki tempatan yang terlibat dalam sindiket pertama dan merampas dadah jenis ganja seberat 20 kilogram yang dianggar bernilai RM50,000.

Baca juga:   Pertandingan empat penjuru di Kemaman

“Seterusnya pada 1 Mac, polis melancarkan dua serbuan di Taman Keramat dan Taman Melati dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 3 kilogram yang dianggarkan bernilai RM123,000.

“Bagi tangkapan sindiket kedua, polis merampas dadah dipercayai syabu bernilai RM246,000 menerusi dua serbuan di dua lokasi berbeza iaitu di Taman Keramat dan Taman Melati,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Azmi berkata, polis melakukan empat serbuan di sekitar Segambut, Cheras dan Pandan Perdana dan telah merampas pelbagai jenis dadah seperti syabu, ketamine, ecstacy, pil erimin 5, ganja serta serbuk dan cecair MDMA.

Baca juga:   Sepasang suami isteri bawa dadah lebih RM9.5 juta ditahan

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bagi keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM2.18 juta.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari dari tarikh tangkapan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya yang memberitahu polis giat memburu saki baki ahli sindiket terbabit.

Sementara itu ditanya mengenai kes 13 naskhah al-Quran yang dibuang di dalam longkang berhampiran Tasik Sri Murni, Jinjang, Azmi berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti syarikat dan pihak membuat tempahan al-Quran.

Ekoran itu kata beliau, pihaknya telah ke sebuah syarikat pencetakan di Kelantan untuk proses siasatan.

Baca juga:   Tak tahan panas, lelaki batal niat bunuh diri dalam pondok dibakarnya

“Saya tidak mengatakan syarikat tersebut satu-satunya yang mencetak al-Quran yang dibuang tersebut, namun ia adalah antara syarikat terlibat,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan