27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Balai Polis Chaah tenggelam, paling teruk dalam 50 tahun 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan keadaan banjir di Johor agak membimbangkan.

Saifuddin berkata, kawasan Chaah berdepan dengan banjir yang paling teruk sejak 50 tahun lepas, selain Balai Polis Chaah tenggelam dan banyak harta benda musnah.

Menurut beliau, terdapat kawasan terlibat dengan banjir berdepan dengan situasi luar jangka.

“Setakat pukul 12 tengahari, seramai 31,430 mangsa banjir telah dipindahkan ke 211 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Negeri Johor.

“Berita yang amat terkilan dan sedih adalah melibatkan tiga kematian, dua di Segamat dan satu di Kluang,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Saifuddin, beliau akan memberikan komitmen dan pasukan polis juga akan meningkatkan sepenuhnya tahap operasi menyelamat nyawa rakyat di lokasi terjejas.

“Saya juga telah memberi arahan agar Bakul Rahmah KDN yang berupa keperluan makanan untuk segera disalurkan kepada PPS terlibat seperti di PPS Taman Perumahan Polis.

“Sama-sama kita berdoa agar musibah ini segera reda, InsyaAllah,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan