29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerajaan tak campur tangan kes 1MDB – Fahmi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIADA campur tangan dari pihak kerajaan dalam keputusan yang dibuat berkaitan keputusan mahkamah dalam melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Bahkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan keputusan dan proses perundangan tersebut haruslah dihormati semua pihak.

“Ini proses mahkamah, jadi kita perlu hormati, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkali-kali ulangi bahawa beliau dan kerajaan tidak akan mencampuri urusan prosedur mahkamah.

“Bagi saya jika ada pihak yang buat tuduhan seperti itu, ia satu penghinaan kepada proses mahkamah.

“Kita hormat keputusan dan prosesnya. Jika nak dirujuk semula keputusan itu memang ada proses. Kita ikut dan turut serta hormat proses itu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Sementara itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, penubuhan satu jawatankuasa khas berhubung skandal 1MDB boleh diteliti jika ia boleh menjadi satu mekanisme penting untuk mempercepatkan proses mengembalikan dana itu daripada pihak terbabit.

Advertisements

Mennurutnya, ketika ini, penubuhan itu tidak diperlukan memandangkan proses mendapatkan semula dana berkenaan sedang dilakukan agensi terbabit.

“Ketika ini, perkara itu (penubuhan) tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dan proses mendapatkan semula dana sedang berjalan, selain ada beberapa perkara dikenal pasti segera dalam usaha mengembalikan wang rakyat.

“Proses (pengembalian dana) itu boleh dilihat apabila kerajaan berjaya mendapat persetujuan pengembalian lebih RM8.1 bilion daripada syarikat International Petroleum Investment Company (Ipic) dan Aabar Investments PJS, sekali gus satu kemenangan untuk rakyat,” katanya.

Mahkamah Tinggi hari ini  membebaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy daripada tuduhan meminda Laporan 1MBD.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan