25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Presiden MCA keempat meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Presiden MCA, Tan Sri Lee San Choon meninggal dunia pada usia 88 tahun, pagi tadi.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkongsikan berita berkenaan menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

“MCA berduka hari ini apabila menerima berita pemergian Tan Sri Lee San Choon, Presiden MCA keempat, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

“Mendiang yang pernah menjadi Ahli Parlimen termuda semasa Pilihanraya Umum pada 19 Ogos, 1959 ini telah mengabdikan diri kepada masyarakat dan negara, sudah tentu jasa dan khidmatnya akan terus dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Ujar Ka Siong, semangat juang mendiang yang begitu tinggi menjadi sumber inspirasi serta kekuatan kepada pimpinan serta ahli MCA hari ini, termasuk dirinya.

“Secara peribadi saya amat kagum dengan ketokohan beliau dalam memimpin parti, membela nasib rakyat berbilang kaum dan bersama membina negara.

Advertisements

“Salam takziah buat ahli keluarga kepada mendiang Tan Sri Lee San Choon. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang,” katanya.

Untuk rekod, mendiang pernah memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan dan diberi mandat rakyat sebagai Ahli Parlimen Seremban.

Sebagai penghargaan atas jasanya, MCA telah menamakan dewan di Wisma MCA sebagai Dewan San Choon.

Sementara itu, dalam hantaran Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mendiang pernah berkhidmat dalam pelbagai Kementerian, memegang jawatan Menteri Buruh, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan.

”Seorang yang banyak menyumbang kepada pendidikan, memainkan peranan penting dalam pengukuhan dan pengembangan Kolej Tunku Abdul Rahman pada tahap pengajian tinggi dan berkualiti.

”Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan