26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Lebuh Raya WCE 84.19 peratus siap 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBINAAN Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) sejauh 316 kilometer (KM) merentasi Selangor dan Perak kini telah 84.19 peratus siap.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanti Linggi berkata, WCE telah dibuka secara berperingkat bermula pada 2019 melibatkan Seksyen 5 di Selangor melibatkan Persimpangan Bandar Bukit Raja ke Persimpangan Kapar.

Katanya, di Perak pula melibatkan Seksyen 8, 9 dan 10 dari persimpangan Hutan Melintang ke persimpangan Teluk Intan dan dari Persimpangan Kampung Lekir ke Persimpangan Beruas.

“Panjang jajaran Lebuhraya WCE yang dilaksanakan secara penswastaan West Coast Expressway Sdn. Bhd. (WCESB) adalah sepanjang 233 KM manakala jajaran sepanjang 83KM menggunakan peruntukan kerajaan.

“Lebuhraya WCE ini dijangka siap secara keseluruhannya pada 2025, khususnya bagi jajaran di Selangor,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi yang menyatakan status pembangunan (WCE) dan kajian kesan trafik serta perancangan naik taraf jalan penghubung ke bandar-bandar berdekatan telah dipertimbangkan.

Baca juga:   Produk krim malam D Ains Beauty Empire ada racun berjadual

Mengulas lanjut, Nanta Linggi berkata, kesan pembinaan Lebuh Raya WCE terhadap trafik dan perancangan naik taraf jalan penghubung ke bandar-bandar berdekatan telah dipertimbangkan dan diambil kira semasa peringkat perancangan, reka bentuk dan pembinaan.

“Pertimbangan ini mengambil kira Kajian Impak Trafik (TIA) yang dijalankan dengan mematuhi Rancangan Tempatan, pembangunan setempat dan lain-lain. 

“Di samping itu, makmal Value Management (VM) juga dijalankan dengan dihadiri semua agensi terlibat terutamanya pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan input sebelum pembinaan Lebuhraya WCE dimulakan. 

Baca juga:   11 barangan disenarai dalam Skim Harga Maksimum sempena Deepavali

“Jajaran ini juga akan menyumbang dalam menambahbaik jaringan jalan di Malaysia khususnya melibatkan bandar-bandar Banting, Shah Alam, Klang, Setiawan dan Taiping,” ujarnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan