26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Kedah, Perak mohon naik taraf guna rumput Zeon Zoysia – KBS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan menerima surat permohonan dua negeri, Kedah dan Perak bagi peruntukan naik taraf padang menerusi penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk meneliti kandungan surat berkenaan.

“Mesyuarat kedua bersama exco semua negeri akan diadakan dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas terkini sekiranya mereka masih berminat atau menolak tawaran yang diberikan KBS.

“Mereka (kerajaan negeri Kedah dan Perak) sudah sedia sebab mereka menghantar surat permohonan tukar rumput Zeon Zoysia. Namun, kita tetap akan bermesyuarat bersama exco negeri-negeri untuk mendapatkan ketetapan mereka berhubung pemilikan rumput itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis bersama Persatuan Kriket Malaysia (MCA) semalam.

Baca juga:   MPN syor perkasa industri input makanan ternakan

KBS sebelum ini menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di satu padang yang dipilih.

Bagaimanapun, penyelenggaraan tahunan padang berkenaan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. 

Sementara itu Hannah berkata, negeri-negeri yang berminat perlu memastikan penyelenggaraan awal seperti memastikan infrastruktur padang berada dalam keadaan baik dilaksanakan sebelum penyerahan dana geran padanan itu diserahkan kepada mereka. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan