26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang mengambil kira faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG). 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Munirah Khairuddin berkata, Dana Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (Dana) memberi peluang kepada pelabur melabur secara mampan merentas portfolio ekuiti yang pelbagai. `1

Katanya, Dana bertujuan melabur dalam syarikat yang bukan sahaja menarik pada asasnya, tetapi juga mengamalkan nilai kemampanan yang kukuh dalam perniagaan mereka.

“Kami berusaha menawarkan pelabur dengan pilihan penyelesaian inovatif yang bertujuan untuk membina, melindungi dan memajukan kesejahteraan kewangan mereka, sambil mencapai hasil yang menggalakkan. 

“Dana ini diperkenalkan untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai peluang pelaburan patuh syariah yang memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Saksi hanya tahu akaun milik Najib selepas siasatan 1MDB bermula

Dana bertujuan menyediakan pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio ekuiti global yang pelbagai dan menunjukkan perubahan asas yang positif pada penilaian relatif yang menarik. 

Selain itu, Principal menggunakan saringan untuk mempertimbangkan secara khusus pendedahan portfolio kepada syarikat intensif karbon dan menyasarkan tahap risiko karbon agregat 15 peratus lebih rendah daripada indeks penanda aras. 

Mengulas lanjut beliau berkata, dengan peningkatan minat dalam dana yang tertumpu pada kelestarian dan yang boleh memberikan impak positif dan pulangan.

Katanya, beliau berharap pelancaran Dana itu akan membolehkan lebih ramai pelabur di Malaysia melabur secara mampan dan bertanggungjawab.

Baca juga:   Premis operasi ah long diserbu, 13 warga tempatan ditangkap

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Principal Malaysia, Patrick Chang berkata, mereka percaya bahawa menawarkan pelaburan dengan nilai ESG mungkin diterjemahkan kepada prestasi menarik untuk jangka masa sederhana hingga panjang.

“Pasukan pelaburan mempertimbangkan syarikat yang menunjukkan prinsip kemampanan yang kukuh dalam struktur tadbir urus mereka dan kerap melibatkan mereka untuk menggalakkan penambahbaikan berterusan untuk prestasi jangka panjang yang berjaya,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan