26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Anwar terima ijazah Doktor kehormat Universiti Filipina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Filipina, universiti nombor satu di negara tersebut.

Anwar disifatkan sebagai seorang sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.

Menurut Anwar, sesudah acara rasmi di Rizal Park, belliau langsung ke Universiti Filipina untuk menyampaikan syarahan umum berjudul ‘30 Years After The Asian Renaissance: Strategic Takeaways for ASEAN.

“Sebelumnya saya menerima ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Doctor of Law dari University of the Philippines.

“Dalam ucaptama, saya singgung sejarah penubuhan ASEAN serta kemajuan dan perubahan dari segi kerjasama antara negara tetangga di rantau ini, dan menekankan bahawa perserikatan ini mesti terus terpahat atas hujah berkongsi identiti yang sama meski rencam bangsa dan budaya.

“Konsep ini dicerakinkan dengan baik oleh ‘The Great Malayan’ Dr. José Rizal dalam ‘The Philippines a Century Hence’ tatkala negara Filipina tertubuh kuat meski berlainan kepulauan, bahasa, budaya dan etnik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Anwar lagi, beliau amat berharap ASEAN terus berpadu dan kukuh dalam menyikapi isu-isu mendesak terutamanya di rantau ini kerana berdiam diri tatkala berdepan kezaliman bukanlah pilihan.

“Saya turut menghimbau sejarah lampau tatkala saya sering ke Manila di tahun-tahun lampau semasa masih sebagai seorang mahasiswa dan universiti ini adalah tempat yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan terkait pelbagai hal bersama sahabat-sahabat di sini.

“Justeru, Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Naib Canselor Hal Ehwal Awam Universiti Filipina, Jose Wendell Capili berkata, Anwar dihormati kerana memiliki prinsip menentang rasuah dan pengurusan terhadap ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan Asia.

“Perdana Menteri Malaysia menyanjungi kehidupan, karya dan pengajaran Jose Rizal (pejuang kemerdekaan Filipina).

“Minat Anwar terhadap Rizal semakin mendalam setelah kerap mengunjungi universiti ini semasa muda di bawah bimbingan mendiang Prof Emeritus Sejarah Universiti dan Dekan Kolej Seni dan Sains, Diliman Cesar Adib Majul,” katanya dalam satu enyataan.

Capili juga menyifatkan sumbangan Anwar terhadap ekonomi Malaysia ketika krisis kewangan pada 1997 amat dihormati apabila dinamakan Asian of the Year oleh Newsweek International

Ini setelah beliau bertemu Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. pada hari pertama lawatan rasmi di Istana Malacanang.

Ini merupakan lawatan rasmi kelima Anwar ke negara Asia Tenggara selepas Singapura, Brunei, Indonesia dan

Thailand sejak dilantik sebagai Perdana Menteri tahun lalu. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan