24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anugerah Tokoh Siswa galak mahasiswa cemerlang kepimpinan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANUGERAH Tokoh Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mampu menjadi platform terbaik bagi memberi galakan kepada mahasiswa cemerlang dalam bidang kepimpinan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, anugerah itu mula diperkenalkan sejak 2013 bagi memberi pengiktirafan kepada peranan individu dan badan mahasiswa di institusi pendidikan tinggi (IPT).

Menurutnya, KPT sentiasa menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang merangkumi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

“Pengiktirafan ini penting bagi memberi galakan kepada mahasiswa yang mempamerkan kecemerlangan kepimpinan dalam pelbagai lapangan,” katanya sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa KPT 2022 di Putrajaya, malam ini.

Menurutnya, sebanyak 916 penyertaan telah direkodkan tahun ini dan jumlah itu menunjukkan peningkatan penyertaan yang signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

MIFZAL SALIHIN

Sempena majlis yang masuk tahun ke tujuh pengajurannya, Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 dirangkul oleh Mifzal Salihin, 22, dari Universiti Malaya.

Pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan mekanikal itu membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi, tawaran biasiswa dan sijil.

Advertisements

Mifzal ketika ditemui berkata, dia mengakui terpilih atas pembabitan aktifnya dalam platform pendidikan atas talian dikenali sebagai Afterkelas.com sejak tiga tahun lalu.

“Ketika ini, platform itu sudah mempunyai 50 tutor terdiri daripada pelajar-pelajar universiti yang mampu menjana sehingga RM1,500 sebulan.

“Afterkelas.com menghubungkan tutor dengan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Matematik dan Sains,” katanya.

Untuk rekod, Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah yang mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah banyak berusaha untuk menjadi modal insan yang holistik dan kompeten selari dengan kehendak ekonomi serta pembangunan masa kini.

Selaras dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025, Kementerian meneruskan pengktirafan tersebut dengan menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Siswa bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi ilmu dan akhlak.

Ini adalah kerana melalui program- program kepimpinan dan kesukarelawanan yang dilaksanakan oleh mahasiswa, mereka berupaya meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa, kemahiran dalam kepimpinan, etika dan rohani serta meningkatkan tahap integrasi dan perpaduan nasional.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan