34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Belia kurang ikut perkembangan politik, kenegaraan – TPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DAPATAN skor Indeks Belia Malaysia (IBM) mendapati belia di negara ini masih kurang mengikuti perkembangan aktiviti politik, kenegaraan dan demokrasi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar itu, usaha ke arah literasi demokrasi dan kematangan politik terutamanya dalam golongan belia akan dilaksanakan dalam skala besar dan penuh iltizam.

Menurut beliau, usaha itu melibatkan pelbagai pemegang taruh dalam kalangan kementerian, jabatan dan agensi.

“Isu belia harus diarusperdanakan ke semua sektor berkaitan dan saya berharap kerjasama semua pemegang taruh diselaraskan dalam menjayakan hasrat Kerajaan seperti tergaris dalam Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Model Pembangunan Belia Madani 2030,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian setelah mempengerusikan satu Jawantankuasa yang penting dalam memangkin pembangunan negara iaitu Jawantankuasa Pembangunan Belia Bil 1/2023.

Ujar beliau, antara isu atau cabaran utama yang menjadi keresahan belia ialah isu pekerjaan dan pengangguran.

“Bagi menangani isu ini, dalam mesyuarat tadi telah membincangkan tentang langkah-langkah meningkatkan kebolehpasaran belia melalui bidang keusahawanan dan latihan kemahiran seperti TVET,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian skor indeks itu pada tahun lepas adalah lebih rendah iaitu pada 58.4 peratus berbanding 60.31 peratus pada 2021.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan