27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

FAM, KBS sumbang jualan tiket bantu harimau Malaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRIHATIN terhadap nasib harimau Malaya yang sedang mengalami kepupusan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil menghulurkan bantuan.

Bagi tujuan itu, FAM melalui Jawatankuasa Eksekutif bersetuju memberikan sumbangan sebanyak RM1 daripada setiap tiket perlawanan pasukan kebangsaan yang terjual kepada KBS.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Harimau Malaya adalah lambang dan nama panggilan keramat pasukan kebangsaan Malaysia.

Katanya, kita semua tidak mahu di satu hari nanti harimau tinggal maskot atau slogan dan laungan sahaja tanpa adanya harimau liar di hutan negara ini.

“Jika spesies ini pupus, jiwa negara ini juga akan pudar dan tiada makna jika pada masa itu pasukan kebangsaan kita masih bergelar Harimau Malaya.

Advertisements

“Oleh itu saya menyeru semua anak muda yang minat kepada bolasepak juga menunjukkan semangat yang sama dalam pemeliharaan harimau Malaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Populasi harimau liar di negara ini menurun daripada sekitar 1,000 ekor pada 1970-an kepada kurang daripada 150 ekor pada masa kini kerana pelbagai ancaman seperti pemburuan haram.

Harimau ialah satu indikator yang penting bagi biodiversiti dan kemandirian spesies ini di hutan negara kita bagi kesejahteraan ekosistem yang menyokong kelangsungan hidup kita semua.

Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau optimis kolaborasi bersama KBS itu menjadi saksi kedua-dua organisasi itu menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang kini berdepan isu kepupusan.

“Ini adalah satu misi yang izhar buat FAM dan KBS dalam pemuliharaan harimau Malaya. Setiap kali kita keluar bermain dan menonton bola sepak, kita menyumbang kepada kehidupan setiap harimau Malaya di Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan