27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia main peranan aktif depani isu Islam sedunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA akan memainkan peranan sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang aktif dalam mendepani isu dihadapi umat Islam seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang diperbincangkan ketika menerima kunjungan delegasi OIC yang diketuai Setiausaha Agungnya, Tuan Yang Terutama Hussein Brahim Taha di Makkah.

“Kami bicara pelbagai perkara antaranya isu negara Palestin, Afghanistan, Islamophobia, proses rundingan damai selatan Thai dan Filipina serta beberapa permasalahan lain yang dihadapi umat islam saat ini.

“Dalam pertemuan itu saya tegaskan Malaysia akan mencari jalan bersama OIC bagi menangani isu penindasan terhadap rakyat di Palestin,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan, Turkiye dan Malaysia akan bersama-sama mengetengahkan isu Islamophobia supaya difahami masyarakat antarabangsa.

Perdana Menteri kini mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.

Sebaik tiba pagi semalam, Anwar disambut Gabenor Jeddah, Putera Saud bin Abdullah bin Jalawi Al Saud dalam upacara sambutan rasmi dengan kawad statik.

Ia merupakan lawatan rasmi negara luar Asean pertama bagi Anwar selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 24 November tahun lepas.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan