27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes pergaduhan di Skudai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Taman Nusa Bestari, Skudai, Johor semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Larkin, hari ini.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku telah terlibat dalam kes yang sedang disiasat.

“Suspek yang ditahan menyatakan pergaduhan bermula di dalam sebuah pusat hiburan sebelum berlarutan hingga ke luar.

“Akibat pergaduhan itu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan ringan di badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mengesan satu video tular berdurasi tujuh saat memaparkan pergaduhan beberapa lelaki.

Menurut Rahmat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri seterusnya melakukan pemeriksaan ke atas pusat hiburan tersebut.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan bagi mengesan lima lagi suspek yang terbabit dalam kejadian pergaduhan itu.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk memberikan keterangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan