26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Tiada PRK di DUN Batang Kali – SPR

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan  telah menerima pemakluman daripada Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim melalui surat pada 21 Februari 2023 berhubung status kekosongan luar jangka itu.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, bagaimanapun tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali dalam masa terdekat susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Menurutnya, ia selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Berdasarkan kepada Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5), Speaker Dewan Negeri telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, DUN Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Batang Kali berikutan wakil rakyat berkenaan, Harumaini Omar (Pejuang) gagal hadir tanpa kebenaran semasa persidangan dewan melebihi enam bulan iaitu sejak 28 Julai tahun lalu.

Baca juga:   RFID: PLUS, TNG diarah selesai isu kesesakan di plaza tol

Suee Lim berkata, pengisytiharan itu mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan