31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Smart SBB mampu capai tahap sara diri beras negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang dilaksanakan mampu membantu negara mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras dalam beberapa tahun akan datang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program Smart SBB telah diperkenalkan kerajaan pada Februari 2021 dengan sasaran pelaksanaan program seluas 150,000 hektar kawasan bertanam dan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan metrik per hektar.

Menurutnya, program itu bertujuan membantu pencapaian sasaran kadar SSL beras negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2030.

“Kalau semua kawasan sawah padi dapat keluarkan enam tan per hektar kita mencapai SSL, iaitu kita sudah sampai ke peringkat cukup, tanpa perlu import daripada luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang bertanyakan status terkini program Smart SBB.

Bagaimanapun menurut beliau, tahap pengeluaran beras negara buat masa ini masih belum sampai tahap sara diri lagi.

Advertisements

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan sehingga kini, pelaksanaan program itu melibatkan kerjasama 27 syarikat peneraju yang terdiri daripada pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), koperasi pesawah dan syarikat swasta dengan keluasan kawasan lebih 11,000 hektar di seluruh negara serta melibatkan kira-kira 5,000 peserta program.

“Dengan sambutan penyertaan pesawah yang semakin memberangsangkan dan peningkatan hasil daripada pesawah sehingga mencapai 180 peratus, ia jelas menunjukkan pelaksanaan program ini berada pada landasan yang betul dan mampu mencapai kesemua sasaran yang telah digariskan,” katanya.

Mohamad berkata, kerajaan sedang meneroka kaedah tanaman padi dalam tempoh hanya 65 hari seperti mana yang sedang dilaksanakan di Indonesia.

Menurutnya, jika ia berjaya dilaksanakan, tanaman padi boleh dilaksanakan sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun dan peserta SMART SSB juga perlu menumpukan sepenuhnya terhadap projek terbabit.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan