25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tengku Zafrul dilantik Ahli MKT UMNO malam ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan dalam twitternya sebentar tadi.

Tegnku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengangkat sumpah di hadapan Ahli MKT sebelum mesyuarat bermula.

“Mesyuarat MKT UMNO pada 16 Februari 2023 dimulakan dengan YB Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yang dilantik oleh Presiden UMNO,” katanya dalam ciapan tersebut.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kehadiran Tengku Zafrul ke Menara Dato’ Onn malam ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pucuk pimpinan parti yang memberi kepercayaan kepadanya sehingga dilantik ke jawatan tersebut.

“Perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air akan sentiasa saya junjung, Insya-Allah,” katanya menerusi Facebook beliau.

Tengku Zafrul sebelum ini mengesahkan akan bertanding jawatan itu dalam Pemilihan UMNO akan datang.

Tokoh perbankan itu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November lalu tetapi tewas kepada penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Walaupun tewas, bekas Menteri Kewangan itu telah dipilih sebagai salah seorang menteri Kabinet daripada UMNO dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan