31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bumbung beranda kuarters kesihatan Pekan runtuh

Kuarters itu didiami oleh dua wanita tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BUMBUNG beranda kuarters Jabatan Kesihatan Pekan, Pahang dilaporkan runtuh kira-kira pukul 2.58 petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Pekan memaklumkan, seramai sembilan anggota yang diketuai komander operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rahimi Ab Shatar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik sampai dilokasi didapati runtuhan struktur itu melibatkan kuartes yang didiami penghuni.

“Runtuhan tersebut melibatkan bumbung bahagian depan dan menghempap garaj yang terdapat dua buah kenderaaan jenis Toyota Vios dan Proton Saga.

Advertisements

“Anggota mula operasi dengan memasang sawar-sawar di tempat kejadian dan memindahkan segala dokumen serta harta benda mangsa yang terlibat iaitu dua wanita,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, punca kejadian dan kerugian mangsa masih dalam siasatan.

“Operasi tamat sepenuhnya pukul 3.31 petang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan