27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Syed Saddiq akan berkahwin sebelum PRU-16?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BETULKAH Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menamatkan zaman bujangnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16)? Jika benar, siapa pula calon pilihan hatinya?

Begitulah persoalan yang bermain dalam fikiran mereka yang di luar sana terutama para gadis susulan ‘pendedahan’ Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad hari ini.

Naib Presiden Pas itu berkata, pernyataan tersebut dibuat Syed Saddiq, 30, yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ketika mereka bertemu di Parlimen hari ini.

“Tadi sempat berjumpa dengan YB (Yang Berhormat) Muar selepas perasmian oleh YDPA (Yang di-Pertuan Agong). Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka handsome (kacak) mesti kahwin cepat.

“Dia janji dengan saya, sebelum PRU-16 dia akan kahwin. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan YB Syed (Saddiq) untuk mendapat jodoh,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Syed Saddiq itu serius atau sekadar gurauan.

Advertisements

Idris berkata, soalan itu sengaja dilontarkan kepada mana-mana pemimpin muda seperti Syed Saddiq bagi melihat maklum balas mereka.

“Ini soalan cepu mas jika saya berjumpa dengan orang muda. Soalan yang semua orang ada jawapannya. Cuma cepat atau lambat sahaja,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Idris berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan itu pernah mengunjungi pejabatnya di bangunan Parlimen ketika beliau menjadi Ahli Parlimen dari 2013 hingga 2018.

“Waktu itu Syed Saddiq baharu sahaja grad (tamat belajar) daripada UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

“Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” katanya.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan