25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kejayaan hari ini tidak datang dengan mudah – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEJAYAAN yang dikecapi negara pada hari ini tidak datang dengan mudah sepertimana yang dibayangkan, kata Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Bera itu, ia berkat kerja keras, muafakat dan keyakinan setiap jabatan dan institusi, serta ketekunan setiap Keluarga Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini, sejak bangkit dengan gahnya dari pandemik Covid-19.

Beliau yakin, negara yang bernaung di bawah kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan terus menapak gagah di tangga-tangga kejayaan.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, andai negara dipimpin oleh tangan yang cintakan kejayaan, serta memelihara perlembagaan dengan penuh ketekunan dan juga integriti.

“Saya terharu dengan titah Tuanku pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga negara kita muncul menjadi yang terbaik di Asia Tenggara kini.

“Daulat Tuanku, Patik sentiasa doakan rahmat dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada Payung Rakyat yang menjadi kebanggaan Keluarga Malaysia, dulu kini dan selamanya,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Yang di-Pertuan Agong ketika majlis pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 hari ini telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Ismail Sabri selalu Perdana Menteri Kesembilan.

Al-Sultan Abdullah turut menzairkan ucapan tahniah kepasa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas segala jasa dan sumbangan bakti beliau menerajui negara sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Sekalung tahniah buat Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik oleh beta sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 serta kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan,” kata Seri Paduka Baginda ketika menyampaikan titah diraja pada istiadat pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 dan menggalas amanah itu selama 15 bulan iaitu hingga November tahun lalu apabila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan