26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 11, 2024

Guang Yik mohon maaf buat kenyataan bersifat rasis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SETELAH tular membuat kenyataan berunsur rasis, bekas pemain pelapis badminton negara, Bong Guang Yik memohon maaf menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, hari ini.

Guang Yik berkata, dia ingin berkongsi pendapatnya mengenai keadaan semasa badminton di Malaysia kerana hanya mahu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjadi bertambah baik.

Bagaimanapun menurutnya, dia mengakui sudah melampaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak. Sebab saya berkongsi komen itu adalah kerana saya sangat meminati sukan berkenaan.

“Saya rasa saya bertanggungjawab untuk berusaha dan mempertingkatkan sukan dan industri bagi manfaat semua.

“Sebab itu saya kata semua peringkat pengurusan seharusnya dalam keadaan bagus,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Guang Yi menjelaskan dia tidak sepatutnya menyentuh isu perkauman.

Advertisements

“Oleh itu, saya memohon maaf sekali lagi,” ujarnya.

Sebelum ini Guang Yik yang kini menjadi jurulatih di China mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi akaun TikToknya.

Dalam satu hantaran menerusi media sosial, Guang Yik melontar tuduhan dalam bahasa Mandarin mendakwa ibadah orang Melayu di BAM yang solat lima waktu juga menjadi penyebab kemerosotan prestasi pemain negara.

Perkara itu didedahkan dan diterjemahkan oleh seorang netizen, @AhboyBadminton yang turut mengecam kenyataan pemain badminton tersebut.

Kenyataan Guang Yik itu mendapat pelbagai reaksi termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, BAM dan juga bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Hasil semakan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM mengesahkan Guang Yik hanya merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Era baharu ‘gelombang merah’ di bawah Donald Trump

Oleh COLLINS CHONG YEW KEAT DONALD J. Trump memenangi Pilihan Raya Presiden dengan kemenangan suara rakyat Amerika dalam mesej jelas...

Lagi Artikel Berkaitan