29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Hannah kecam kenyataan rasis Guang Yik

Ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya ucapan berbaur perkauman yang dibangkitkan bekas pemain badminton pelapis negara, Bong Guang Yik yang tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Beliau menegaskan, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik kerana semua atlet adalah sumber inspirasi masyarakat.

Hannah juga tidak bersetuju apabila bekas pemain tersebut mengaitkan ibadah agama mengganggu prestasi atlet dan sukan di negara ini seperti mana didakwa.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.

“Saya ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Semua atlet negara adalah sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Yik yang mendakwa prestasi pemain negara merosot kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diterajui oleh orang Melayu.

Dalam satu hantaran menerusi media sosial, Guan Yik melontar tuduhan dalam bahasa Mandarin mendakwa ibadah orang Melayu di BAM yang solat lima waktu juga menjadi penyebab kemerosotan prestasi pemain negara.

Advertisements

Perkara itu didedahkan dan diterjemahkan oleh seorang netizen, @AhboyBadminton yang turut mengecam kenyataan pemain badminton tersebut.

Sementara itu Hannah mengesahkan Guang Yik adalah bekas pemain pelapis percubaan BAM pada 2014 dan kini tidak lagi menetap di Malaysia.

Difahamkan bekas pemain tersebut yang kini menjadi jurulatih di China telah memuat naik permohonan maaf atas kenyataan tersebut menerusi media sosialnya.

Minggu lalu, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini kerana mengeluarkan kenyataan berbau rasis menerusi media sosial.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu.

Menurutnya, hasil daripada siasatan dan penjelasan yang membabitkan Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, jawatankuasa siasatan MSN dan KHM merumuskan pemain berkenaan didapati bersalah atas ciapan dilakukannya itu.

Tindakan tersebut dibuat selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, Hanis juga didapati bersalah kerana ciapan komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran ataupun kemarahan sesuatu pihak lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan