27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

KKM batal notifikasi dua produk kosmetik ‘beracun’

Semua penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut digesa dihentikan serta-merta kerana melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membatalkan notifikasi dua produk kosmetik kerana didapati mengandungi racun berjadual iaitu merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pembatalan terhadap Karisma Turmeric Booster Cream dan Flashhskinzz Treatment Cream dibuat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Sehubungan itu, beliau menggesa agar semua penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut dihentikan serta-merta kerana melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Orang awam digesa untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi merkuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan selain boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Dr Noor Hisham berkata, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Pada masa yang sama beliau menggalakkan orang awam untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik menerusi lawan web NPRA atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan