36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Buli, rasis: KPM tak akan berkompromi – Fadhlina Sidek

KPM akan menghadapi isu berkenaan dengan serius agar warga sekolah berada dalam keadaan yang harmoni sepanjang berada di kawasan sekolah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dalam menangani isu buli dan rasisme di sekolah dan akan terus memastikan sekolah kekal sebagai tempat yang selamat kepada murid-murid, khususnya kanak-kanak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata KPM akan menghadapi isu berkenaan dengan serius agar warga sekolah berada dalam keadaan yang harmoni sepanjang berada di kawasan sekolah.

“KPM tidak akan berkompromi dalam isu buli, rasisme dan ekstremisme. Khususnya dalam isu yang sedang berlegar di media sosial, tindakan susulan berkaitan isu ini sudah dipanjangkan ke jawatankuasa yang diwujudkan sebelum ini.

“Saya beri jaminan bahawa saya akan mengambil perhatian khusus dan akan melihat isu ini secara serius dalam konteks tindakan susulan berkesan yang kita boleh laksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita, seperti dilaporkan Buletin TV3, petang tadi.

Beliau mengulas demikian mengenai satu surat aduan yang memohon perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial.

Aduan dipercayai ditulis oleh seorang murid yang mendakwa dia dibuli oleh sekumpulan murid, manakala gurunya pula didakwa bersifat perkauman.

Justeru, murid berkenaan memohon Perdana Menteri mengambil tindakan untuk menghentikan insiden terbabit.

Datuk Seri Anwar dalam balasannya di media sosial mengambil maklum mengenai aduan berkenaan dan mengarahkan KPM melakukan siasatan segera.

Ujar Fadhlina, aduan berkenaan yang disiasat dengan teliti, manakala KPM secara keseluruhannya akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mewujudkan suasana yang positif di sekolah menerusi program-program tertentu.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa KPM serius dalam pembinaan karekter kanak-kanak dengan memberi tumpuan melalui beberapa program. Kita harus memperjuangkan ekosistem yang selamat di sekolah dan pastikan sekolah benar-benar selamat untuk anak-anak kita,” tegasnya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan