28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ambil alih kepimpinan ketika hutang negara lebih RM1 trilion

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri dalam keadaan hutang negara lebih RM1 trilion.

Beliau berkata, perkara itu bukan fitnah sebaliknya hasil penelitian di setiap agensi di mana berlaku kebocoran dan ketirisan.

“Saya kerja kuat meneliti fail-fail, sebab itulah beberapa projek ditangguhkan, teliti semula atau batalkan, bukan maksudnya untuk mencerca mana-mana tokoh politik, saya tidak sebut nama tokoh politik.

“Tapi saya kata projek tebatan banjir kerana banjir itu menyeksa rakyat dan yang jadi mangsa itu orang miskin dan majoriti yang miskin itu Melayu

“Sebab itu kalau kita nak belanjakan kita kena teliti, ini soal tadbir urus, mengurus negara itu harus dengan ketertiban, peraturan dan ke arah yang betul.

“Jadi bila saya lihat umpamanya dilulus dengan spontan projek tebatan banjir , syarikat-syarikat dipertikai, beberapa persoalan tidak dijawab , saya minta ditangguhkan dan diteliti semula.

“Esok saya ke Kementerian Kewangan saya akan kaji, dan itu benar bukan fitnah, memang diluluskan tapi belum dilaksanakan kerana pilihan raya,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Beliau dipetik berkata, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, pegawai kementerian itu sudah diminta untuk meneliti semula kelulusan yang diberikan bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan