24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Menteri terbabit rasuah dipecat serta merta – Anwar

Anwar turut menegaskan tidak pernah memberi jaminan akan melepaskan sesiapa daripada hukuman, sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tegas untuk memecat serta merta mana-mana anggota Jemaah Menteri yang terbabit dengan aktiviti rasuah.

Bahkan, beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal itu kerana ia berkait dengan pelanggaran tata kelola.

“Saya sudah bercakap dengan semua ketua-ketua parti komponen, kalau ada kes seperti itu (rasuah) ketika pemerintahan saya. Saya minta pecat serta merta.

“Saya tidak tolak ansur dan ini bukan soal politik. Ini adalah keyakinan saya.

“Saya telah dihumban ke penjara dan dipukul setengah mati dan sudah lama terseksa dan saya bukan mahu mendabik dada sebab aku menang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Advertisements

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan tidak pernah memberi jaminan akan melepaskan sesiapa daripada hukuman, sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

Sekiranya beliau mampu kompromi seperti itu, Anwar berkata, beliau sudah menjadi Perdana Menteri sejak bertahun-tahun lalu.

“Kebebasan, profesionalisme badan-badan kerajaan, saya adakan beberapa pertemuan dengan ketua polis negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan lain-lain yang memberi gesaan yang sama.

“Saya membuktikan bahawa ada orang Melayu, anak Melayu yang gunakan kuasa untuk menjaga dan membela nasib rakyat terbanyak.

“Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati, diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan