32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Presiden Timur-Leste tiba di Malaysia, bertemu Anwar

Ramos-Horta juga dijadual mengadakan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Timor-Leste, Dr. Jose Ramos-Horta melakukan lawatan ke Malaysia dengan jadual padat bagi mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas pemimpin negara.

Ketibaan beliau disambut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum memeriksa perbarisan kehormat.

Menurut Wisma Putra, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengucapkan tahniah secara peribadi atas pelantikan ke jawatan itu.

“Pertemuan tersebut juga dijangka menilai semula pelbagai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor-Leste serta akan meneroka banyak ruang kerjasama baharu.

“Ramos-Horta juga dijadual mengadakan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Advertisements

Ramos-Horta baru mengangkat sumpah sebagai ketua negara kecil itu buat kali ketujuh pada 20 Mei lepas selepas pernah menjadi presiden kedua dari 2008 sehingga 2012 lalu.

Malaysia dan Timor-Leste mengekalkan hubungan yang erat dan mesra sejak sebelum kemerdekaan Timor-Leste pada tahun 2002.

Ini terbukti apabila Malaysia merupakan negara pertama yang menubuhkan Pejabat Perhubungan di Dili pada 13 April 2001 dan negara pertama di kalangan negara-negara Asean yang menubuhkan Kedutaan Besar di Dili pada 19 Mei 2002.

Sepanjang tahun lalu, Malaysia juga merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Timor Leste apabila muncul sebagai destinasi eksport ke-13 dan import ketujuh paling utama.

Sementara untuk tahun ini sahaja setakat 31 Oktober lalu, jumlah perdagangan dua hala yang telah direkodkan ialah AS$84.6 juta dengan nilai eksport sebanyak AS$62.8 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan