29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Solat hajat, doa kesejahteraan untuk mangsa gempa Turkiye, Syria

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MASJID-MASJID seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan mengadakan solat hajat dan memohon doa kesejahteraan hari ini selepas Solat Maghrib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah diminta melaksanakan Solat Hajat dan memohon doa kesejahteraan.

“Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, untuk tujuan mendoakan kesejahteraan buat negara Turkiye dan Syria.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan takziah dan doa kepada Kerajaan dan seluruh rakyat Turkiye dan Syria, mereka yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ujar Mohd Na’im, beliau berasa dukacita mengikuti perkembangan tragedi gempa bumi yang tragis di bumi Turkiye dan Syria pada pagi semalam.

“Setakat ini, berdasarkan laporan seramai lebih 1000 orang meninggal dunia, ramai yang masih cedera dan hilang, puluhan ribu yang kehilangan rumah dan mata pencarian.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan operasi menyelamatkan mangsa. Marilah kita berdoa agar kesemua mangsa bersama ahli keluarga diberikan kesabaran,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan