24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Banjir: 21 PPS, mangsa di Pahang bertambah 4,230 orang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MANGSA banjir di Pahang semakin meningkat apabila seramai 4,230 orang dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Pekan setakat pukul 8 pagi ini.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, mangsa yang terjejas menunjukkan peningkatan berbanding pukul 6 pagi tadi iaitu seramai 3,997 orang.

Sebanyak 19 PPS dibuka di daerah Kuantan yang menempatkan 4,120 mangsa manakala empat PPS di Pekan membabitkan 110 mangsa.

Sementara itu, data berdasarkan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan dua sungai masing-masing di Kuantan dan Rompin menunjukkan paras bahaya.

Sungai terbabit ialah Sungai Belat di Sri Damai, di sini, dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin.

Advertisements
Penduduk Kampung Sri Damai Jaya yang terjejas banjir telah dipindahkan ke PPS lewat malam tadi. FOTO: Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Paras air Sungai Belat bagaimanapun menunjukkan trend menurun manakala Sungai Keratong menunjukkan trend menaik.

Beberapa sungai seperti Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis; Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan; dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan melepasi paras amaran dengan menunjukkan trend menaik.

Selain itu, Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran berada pada paras waspada dan juga menunjukkan trend menaik. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan