Monday, June 15, 2026

Selepas 25 tahun, Anwar ‘kembali’ ke Pejabat UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim dijadual ‘kembali’ ke Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, di Kuala Lumpur, malam ini selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di pejabat parti keramat itu.

Beliau yang kini Perdana Menteri dijadual hadir ke bangunan itu kira-kira pukul 8.30 malam bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Lokasi berkenaan merupakan lokasi di mana bermulanya karier politik beliau sebelum ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan tidak lagi mengunjungi bangunan itu sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 3 September 1998.

Anwar kemudian telah menubuhkan PKR dan berjuang dalam politik atas auranya sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun, negara mencipta sejarah apabila selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tiada parti politik yang mendapat majoriti undi memaksa satu Kerajaan Perpaduan dibentuk bagi memastikan kerajaan tidak ‘tergantung’.

Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) kemudiannya mencapai kata sepakat bagi membentuk Kerajaan Perpaduan untuk mengembalikan kestabilan dalam negara.

Kerajaan Perpaduan dibuat atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menerajui kerajaan itu.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan