29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Gempa Turkiye: Angka korban boleh meningkat, cecah 20,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria boleh meningkat kepada lebih 20,000.

Menurut pegawai kecemasan kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Catherine Smallwood, kemungkinan itu berdasarkan pemerhatian agensi itu dalam kes-kes terdahulu melibatkan kejadian bencana gempa.

“Terdapat kemungkinan berlaku runtuhan berterusan, jadi kami sering melihat kebarangkalian lapan kali ganda peningkatan pada angka awal.

“Kami sentiasa melihat perkara yang sama melibatkan gempa bumi, iaitu laporan awal jumlah mangsa yang meninggal dunia atau cedera meningkat dengan ketara pada minggu berikutnya,” kata Smallwood.

Angka kematian akibat gempa bumi kuat 7.8 magnitud yang menggegarkan Turkiye dan Syria semalam mencecah 3,830 setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia.

Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379, kata Naib Presiden Turki Fuat Oktay.Di Syria, 711 kematian dilaporkan di kawasan yang dikawal kerajaan, manakala Agensi Pertahanan Awam Syria “White Helmets” melaporkan 740 kematian di kawasan yang dikawal pembangkang. – AGENSI

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan