36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Proteo, hero penyelamat Mexico mati dalam SAR Turkiye

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIDAK hanya di Mexico dan Turkiye, orang ramai di seluruh dunia meluahkan rasa hiba atas berita kematian seekor anjing penyelamat tentera yang digelar ‘Proteo’ yang tertimbus di bawah runtuhan gempa bumi di Turkiye.

Difahamkan Proteo berjaya menyelamatkan dua mangsa daripada runtuhan bangunan di Turkiye.

Tidak lama selepas itu, ‘Proteo’ dihempap runtuhan bangunan dan disahkan mati oleh pasukan perubatan yang cuba menyelamatkannya.

Memberikan laporan AFP, negara Mexico semalam memberi penghormatan terakhir kepada anjing penyelamat tentera itu.

Menteri Pertahanan Luis Cresencio Sandoval mengumumkan kematian anjing Jerman yang dipanggil Proteo pada sidang akhbar harian Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

“Anda telah mencapai misi anda… terima kasih atas kerja kepahlawanan anda,” kata tentera di Twitter.

Proteo adalah salah seekor daripada lebih sedozen anjing penyelamat yang dihantar Mexico bersama 130 anggota tentera susulan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang mengorbankan lebih 35,000 orang di Turki dan Syria.

“Anda sentiasa anjing yang kuat dan rajin bekerja yang tidak pernah berputus asa. Saya akan sentiasa mengingati anda,” kata seorang penyelamat yang berkhidmat bersama Proteo dalam video.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan